Wednesday, March 12, 2008

the PM is feeling the heat

The PM is feeling the heat

The PM has now cancelled his trip to the OIC conference. Despite the fact that this conference holds significance because Malaysia as the chairman was to hand over its chairmanship to Senegal, the PM has ‘snubbed’ and cancelled the visit. Instead, he has chosen to send the Yang Di pertua of Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

This further reaffirms the turmoil within UMNO and the Barisan Nasional that has even persuaded the PM to cancel such high level trip. This will only further feed into the rumor mill that there is a lot of uncertainty regarding his position as Prime Minister despite the fact that many UMNO and BN leaders, through government owned newspapers and propaganda machine, has open thrown their ‘undivided’ support behind the Prime Minister.

We need only wait till the UMNO elections and general assembly this August/September to see whether such support will continue.

Abdul Hamid Pawanteh wakil PM ke sidang OIC

KUALA LUMPUR 11 Mac - Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada upacara perasmian Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-11 di Dakar, Senegal pada 13 dan 14 Mac ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan penyerahan jawatan Pengerusi OIC secara rasminya kepada Presiden Senegal, Abdoulaye Wade akan juga diadakan pada upacara itu.

Abdul Hamid, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara, akan diiringi oleh delegasi daripada kementerian itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta wakil daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Sidang Kemuncak OIC ke-11 sangat bermakna di mana Malaysia akan menyerahkan jawatan Pengerusi OIC setelah memegangnya sejak Oktober 2003.

"Malaysia melihat OIC sebagai sebuah pertubuhan penting untuk memberikan perkhidmatan melindungi kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Ia akan kekal aktif dalam OIC sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam memperkasakan umat Islam," kata kenyataan itu.

Semasa persidangan tersebut, Malaysia dijangka menyampaikan satu laporan mengenai usaha yang telah dilakukan untuk umat Islam dalam menghadapi cabaran pada dekad ke-21, terutama bagi meningkatkan kemampuan dan kapasiti ekonomi umat Islam di seluruh dunia.

Sebagai Pengerusi OIC ke-10, Malaysia telah memainkan peranan utama dalam menggiatkan OIC supaya lebih berkesan dalam mencapai hasrat terutama bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan.

- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0312&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_06.htm&arc=hive

No comments: