Monday, September 22, 2008
Lailatul qadar
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku
ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.
Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah." sambung Abah.
Sent via StrawBerry from Maxis Mobile
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Astaghfirullah Firdaus! Heh.
Try again next nights ok.
Bagus cerita ni.
Baik untuk mereka yang dah lama tak pi ke masjid.
klakanya. tapi a good one :)
:) haha
Post a Comment