Tuesday, May 05, 2009

PAS ke, UMNO ke, sama sahaja dua kali lima

Saya hanya mampu tersenyum sahaja apabila membaca artikel di dalam the star pada hari ini yang memaparkan komen ahli dan pimpinan PAS di bahagian permatang pauh yang dikatakan tidak setuju dengan pencalonan Mansor Othman sebagai calon pilihanraya kecil yang akan

Saya tidak terkejut dengan reaksi ini kerana saya sudah lama beranggapan bahawa di antara kebanyakan orang pas dan kebanyakan orang umno, jiwa politik nya sama sahaja.

Sudah tentu ada kepimpinan pas yang saya anggap tidak termasuk dalam kategori 'sama sahaja dengan umno' ini. Contohnya YAB tuan guru nik abdul aziz sendiri, yb husam musa, yb khalid samad, dan beberapa yang lain.

Adalah amat merugikan kepada pas pulau pinang umumnya dan pas penanti khususnya jika mereka enggan untuk berkompromi dan menerima realiti politik kebersamaan di dalam pakatan rakyat. Mereka sepatutnya, sebagai partai islam, perlu lebih mengingati tazkirah umum yang biasanya mengingatkan ahli ahli pergerakan islam bahawa kepimpinan itu bukanlah sesuatu yang diminta atau dituntut, tetapi amanah yang berat malah di elakkan.

YAB dato nik aziz telah memberi komen bahawa pas penanti perlu ingat bahwa perjanjian pembahagian kawasan sebelum mac 2008 perlu dihormati.

Pas penanti perlu sedar percaturan mereka sebenarnya memalukan ahli pas di tempat lain, yang ramai berpendapat permintaan pas penanti secara terbuka ini seolah olah membuka pekung di dada. Malah ini juga seolah olah menunjukkan ada ahli pas atau bahagian pas yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menuntut kuasa.

Pada pendapat saya juga luahan pas penanti ini merupakan satu peringatan kepada kepimpinan pas sendiri dan kepimpinan pakatan rakyat umumnya bahwa rata rata di kalangan ahli pas ada juga yang masih berjiwa politik machiaveli sebegini. Namun tidak dinafikan di dalam pkr dan DAP juga pasti wujuk elemen elemen yang sama.

Mungkin juga ahli dan kepimpinan pas penanti masih ingat waktu waktu dahulu ketika mereka menjadi pembangkang di bawak dato seri anwar sebagai YB permatang pauh mereka yang merupakan pemimpin umno sewaktu itu. Penentangan pas penanti ini juga boleh dibaca sebagai satu signal tidak setuju mereka kepada YB permatang pauh skrg itu sendiri dan juga selaku ketua pembangkang.agak ganjal bukan jika ketua pembangkang tidak mendapat sokongan penuh koalisi sendiri di dalam ahli parlimen sendiri?

Jika ini berlaku di parlimen pekan contohnya, pasti blog blog pembangkang dan malaysiakini dan sbg nya akan memberi komen panjang ttg bagaimana org BN tak setuju dengan PM.

Memang benarlah di dalam politik ini, terutamanya di dalam politik melayu, luka luka yang lama pasti sukar untuk sembuh. Pas penanti pasti masih ingat betapa sukarnya mereka sewaktu mereka dulu dalam pembangkang.kini mungkin sudah jadi kerajaan, tatapi nampak gayanya mereka masih juga tidak gembira.

Saya amat tertarik utk melihat bagaimana perkembangan isu penanti ini akan menjadi pembuka bicara isu isu hangat lain sewaktu pemilihan pas june nanti.

Apa yang penting, saya ingin mengingatkan rakan rakas pas saya, terutamanya yang progresif di lembah kelang, agar jangan terlalu naif memikirkan bahwa orang orang politik pas itu semuanya baik baik dan tidak ada machiaveli elemen.jika anda ingat kami di dalam umno menular dengan masalah korupsi dan perebutan kuasa, sedarlah bahawasanya di dalam pas pun ada juga dua kali lima sahaja.

Pengalaman saya di kelantan menunjukkan bahwaya korupsi konsesi balak contohnya, bukan sahaja menular di kalangan ahli politik umno, malah juga di kalangan ahli politik pas.

Mahu atau tidak, inilah lumrah politik yang sangat mengharukan. Malangnya, inilah politik orang melayu.

Sent via StrawBerry from Maxis Mobile

3 comments:

Anonymous said...

Apabila membandingkan satu parti dengan parti yang lain berasaskan isu semata-mata, ianya akan menjadi suatu polemik yang berlarutan.

Seperti membandingkan mana yang lebih baik, Pepsi atau Coke Cola? Liverpool atau Arsenal? Ferrari atau Porsche? Tidak berkesudahan, malahan berubah mengikut zaman.

Sekiranya masalah balak di Kelantan jadi suatu isu, makanya skandal balak yang melandai MB Pahang adalah suatu yang lebih teruk lagi.

Perbandingan yang lebih baik, untuk jangka masa panjang adalah melalui penelitian secara telus dan adil dalam persoalan halatuju dan matlamat sesebuah parti. Untuk jangka masa pendek, adalah melalui prestasi sesebuah parti politik memerintah. Yang lebih pentingnya, suatu parti tersebut 'outperform' parti saingannya, paling tidak, dalam tempoh masa antara pilihanraya.

Kesimpulan, perbandingan ringkas berasaskan isu seperti tajuk di atas tidak membawa makna, memandangkan ianya jelas berpihak ('bias') dan telah dibuat bersandarkan emosi dan populis semata-mata. Malahan, tajuk artikel telah terlebih dahulu membuat kesimpulan. Perbandingan seharusnya bersandarkan matlamat dan halatuju perjuangan. Baru adil dan saksama.

p/s: Biasalah orang UMNO, sudahlah elitis, populis pulak tu. Tegur salah, nak dengar perkara yang lunak-lunak sahaja. Selesaikan masalah ekonomi dahulu, paling kurang gandakan pendapatan per kapita rakyat.

Anonymous said...

ahhh korg semua politicians melayu sama saja.. gila kuasa.. tunjuk kaya padahal duit rakyat

Fadzli said...

Inilah masalah politik kepartian, saya secara peribadi setuju dengan pendapat tuan empunya blog.