Ampun tuanku!
Dengan izin tuanku, patik ingin mengadu kepada duli yang maha mulia tuanku, tentang adanya marhain marhain hina tuanku, yang telah ingkar titah tuanku.
Sesungguh tuanku telah bertitah supaya marhain marhain sekalian " exercise prudence in face of high prices".titah ini tuanku, sangat lah bertepatan, sesungguh tuanku berjiwa rakyat. Hidup tuanku!
Namun ada juga marhain marhain tuanku, yang masih ingkar! Mereka ini telah membazir kan beratus ratus ribu ringgit, membayar iklan iklan muka penuh di semua surat khabar malaysia hari ini. Kononnya, atas dasar memberi tahniah kepada duli tuanku.
Ampuan tuanku,
Patik rasakan sudah tentu tuanku sendiri yang tentunya sangat arif dan bijaksana, mengetahui iklan iklan ini tiada apa guna nya, malah tidak ada marhain lain yang sudi membacanya pun. Biasanya jadi kertas goreng pisang tuanku.
Ampun tuanku!
Patik yang hina ini mohon kepada tuanku untuk mengingatkan marhain marhain berupa syarikat syarikat besar ini, betapa kami rakyat yang hina ini sedang sengsara kerna kenaikan harga barang dan petrol.
Masih ramai pacar hina yang tidak berumah dan tidak dapat makan, maka bukan kah lebih baik wang itu disumbangkan kepada rakyat miskin ini, atas nama duli tuanku?
Pastinya duli tuanku lebih gembira sebegitu, tentunya.
Satu muka surat penuh iklan harganya lebih rm 100,000 tuanku. Cukup untuk makan 1000 keluarga miskin sebulan.
Ampun tuanku!
Sent via BlackBerry from Maxis
Saturday, June 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i like yur writing style. witty! lulz.
Post a Comment