Sunday, May 04, 2008

Gapena speaks of malay rights

Read the news piece below from utusan today.this is totally wrong! We need to stop this scare mongering. The nation will be divided. Responsible politicians must take centre stage and tell this ultras that all this is not doing any good to no one. We are one country! We must all learn to live together.

The irony is the guy speaks abt isue perkauman when he himself is being perkauman.

Its like orang melayu boleh perkauman but orang bukan melayu tak boleh?

Utusan malaysia (read utusan melayu)

JOHOR BAHRU 2 Mei – Kongres Permuafakatan Melayu malam ini mencadangkan lima langkah drastik termasuk menubuhkan Majlis Muafakat Melayu (3M) untuk menjaga hal ehwal, hak dan menyelesaikan masalah orang Melayu di negara ini. Selain penubuhan 3M, kongres itu turut menyarankan dikukuhkan bahasa, budaya dan parti politik Melayu selain mencabar agenda pihak tertentu yang bersikap perkauman.Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, pembentukan 3M penting untuk menjadi saluran rasmi bagi orang Melayu kerana unsur perkauman kini semakin menebal dalam masyarakat."Walaupun terdapat pihak yang ingin memberi nama lain seperti Majlis Muafakat Orang Melayu, tetapi apa pun nama yang akan diberikan, ia bertujuan menjadi saluran rasmi kepada kita semua."Kalau 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir dalam kongres ini dapat memberi sokongan padu, saya rasa tidak timbul masalah (untuk mewujudkan majlis itu)," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Permuafakatan Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.Lebih 1,000 aktivis dan cendekiawan Melayu menyertai kongres dua hari itu.Dalam ucapannya, Ismail turut mencadangkan supaya semua NGO Melayu bersatu dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan hak orang Melayu.Menurutnya, Gapena berpendapat unsur kemelayuan sangat penting dan mendesak dalam pembangunan Malaysia pada masa akan datang. Selain itu, beliau menyeru semua parti politik Melayu dan bukan Melayu supaya memerangi unsur perkauman yang amat ditakuti oleh semua rakyat negara ini.Menurut Ismail, unsur-unsur perkauman makin menebal selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan kemerosotan prestasi Barisan Nasional."Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memerangi dan menghapuskan unsur tersebut."Hati bangsa Melayu tidak harus dilukakan. Nampak sangat sikap perkauman dan sikap menghina orang Melayu akan menjadi sangat nyata dan kita perlu menghadapinya," ujar beliau.Ismail mengajak orang Melayu mengambil pengajaran di atas kemenangan dan kekalahan sebuah parti Melayu yang telah lama berjasa kepada orang Melayu kerana kini terdapat parti Melayu yang tidak mempunyai pengalaman memerintah masyarakat berbilang kaum yang kompleks. "Maka, mereka menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan geram dan membalas dendam dan ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara," ujarnya.
Sent via BlackBerry from Maxis

2 comments:

FaizulMd said...

well it is one thing to be perkauman to attack the others and another to be perkauman because you want to protect what's yours. what Dr. Ismail really had in mind, tu dia sorang la tau kan. and Allah. everything has the other side of it kan?

Anonymous said...

Oh God, my malay is bad, I cannot even understand his statement..

"Nampak sangat sikap perkauman dan sikap menghina orang Melayu akan menjadi sangat nyata dan kita perlu menghadapinya"

Does this mean malays become very taasub of themselves and insulting others, or this means others become taasub of themselves and insulting the malays (eventhough I don't see being proud of one's origin will make one insult others)