Saturday, May 10, 2008

Kemanakah kita negara malaysia?

Where to malaysia?
United in diversity?
(Sigh..)

Utusan malaysia sabtu 10mei08
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG terpanggil mengulas gesaan Naib Presiden MCA, Ong Tee Keat agar dihapuskan penggunaan ungkapan ketuanan Melayu.Beliau mendakwa, ungkapan tersebut tidak sesuai kerana ia bermaksud Melayu sebagai tuan dan kaum lain adalah hamba. Tidak silap Awang istilah ketuanan Melayu muncul sebelum merdeka ketika orang Melayu iaitu kaum asal tanah air ini menentang penindasan penjajah.Selepas merdeka, penggunaannya lebih bersifat gagasan bagi menggerakkan pencapaian orang Melayu dan agar kekal sebagai peneraju kuasa. Sudah tentu ia sedikit sebanyak tidak dapat lari daripada semangat kontrak sosial dan realiti Melayu adalah kaum teras. Di Indonesia, etnik Jawa adalah teras, begitu juga kaum Cina di Singapura - itulah realitinya. Maka ketuanan Melayu bukan bermakna kaum lain hamba. Janganlah ambil pusing apatah lagi takut dengan ungkapan sedemikian. Sejarah membuktikan bahawa Melayu cukup baik hati termasuk sanggup berkongsi status kewarganegaraan biarpun kerajaan British pernah mahu menghantar pulang kaum imigran.Lagipun realitinya hari ini orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum Cina yang menguasai ekonomi terutama di bandar dan pekan. Siapa yang lebih tuan?

Awang – Tak takut 'kiasu'.
Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: