Saya jarang baca harian metro nih, apatah lagi metro ahad. Saya sentiasa rasa tabloid sebegini, walaupun sangat popular sekali di kalangan orang melayu ( jualan tertinggi setiap tahun) , namun bagi saya ianya salah satu punca orang kita tidak terdedah dengan editorial yang lebih analitikal dan memikir.
Saya terkejut kerana di muka akhir bahagian sukan metro ahad,rupanya ada dua muka surat penuh yang dedikasi untuk iklan langganan melalui sms untuk mendapatkan keputusan judi 4d, sports toto dan lumba kuda!
Bukan kah harian metro dan metro ahad ini rata rata pembacanya orang melayu , terutamanya golongan muda melayu islam?
Kalau ada yang lupa, judi adalah haram disisi islam.
Kenapa terang terangan akhbar melayu menyokong iklan seumpama ini?
Tidak cukupkah akhbar akhbar ini menghancurkan jati diri anak muda melayu islam kita dengan pelbagai berita hiburan yang biasanya merangkumi satu pertiga akhbar tabloid sebgini? Sekarang sudah ada cara dan iklan nak berjudi melalui sms pula ??
Pemimpin melayu bising apabila konon nya "musuh" di luar sana mencabar "ketuanan melayu" yang entah apa dia.
Walhal ramai lagi orang kita sendiri yang lebih "aktif" dan terbuka dalam menghancurkan anak bangsa sendiri.
Terang terangan lagi.
Jadi siapakah musuh kita yang lebih besar? Yang di luar sana, atau di depan mata?
Apa guna ketuanan melayu kalau anak anak muda kita di hancurkan tangan tangan bangsa sendiri
* kambing tidak reti main judi
Sent via BlackBerry from Maxis
Sunday, May 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
newspapers rely mainly on advertisement and sponsors. Maybe that's the reason for them to publish those. I am not justifying the act, but most probably to the management, it does not really matter, as long as they can make money from the paper.
orang melayu suka bergaduh-gaduh dari membina bangsa Melayu yang semakin hilang kualitinya. Pemimpin atasan Melayu dengan agenda politiknya, anak muda disogok dengan hiburan. Inilah budaya Hadhari.
Post a Comment